Ahad, 24 April 2011

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Assalammualaikum..

Diam tak diam ..
hampir setengah tahun Mak tidak bekerja..
ini bermakna selama itulah Haqq dibawah jagaan Mak sepenuh Masa..
tapi ada juga beberapa hari Haqq dihantar ke rumah Nek Hendon..
kerana Mak belajar memandu.. :)

Memang seronok duduk rumah..
sebab dapat melihat sendiri Haqq membesar di depan mata..
tapi Mak kasihan juga dengan Haqq..
yelah, di rumah ni mana Haqq ada kawan..
asyik duduk terperap dalam rumah je..

Kalau hendak lepaskan bermain di depan rumah..
Mak risau sebab banyak kereta keluar masuk kawasan perumahan ni..
kalau hendak bermain di porch kereta pula..
kena tunggu Tok Abah tiada di rumah dululah..
itupun kena kunci pagar dulu siap-siap.. :)

Sudahnya Mak lepaskan Haqq bermain di belakang rumah je..
di belakang tu selamat kerana jalan mati..
jadi memang tiadalah kenderaan yang keluar masuk.. :)

Akibat asyik duduk dalam rumah je..
sebab itulah Haqq pernah masuk bakul angkat sendiri..
hahahahaha... :)

Haqq benar-benar masuk bakul dengan sendirinya tau..
tapi Haqq tak angkat bakulnya tu..
macam mana nak angkat bakul..
kalau seluruh badan ada dalam bakul.. :P

Sudah masuk bakul

Nak bermain dengan helikopter rupanya :)

Muat pula tu dalam bakul :P

Kejadian tersebut dah lama berlaku..
macam biasalah Mak akan peram dulu gambar-gambar ni dalam draft..
tapi dah publish pun dalam FB..
sebab itulah ada kawan-kawan Mak dah nampak gambar ni dulu.. :P

- Mak Haqq

8 ulasan:

yaya+frdz+auf berkata...

ade je idea anak2 kita ni kan. hehehe. kelaka la.

~daRLee ZuRiS~ berkata...

seronok eyh dapat lihat dan jaga anak sendiri depan mata?
masa zuris lak tak lama lagi
cant wait!!
:)

Hazrina berkata...

mcm2xla haq ni..

abah dan mak haqq berkata...

yaya : tu lah anak-anak kita ni kepala mereka penuh idea..ada je benda nak buat..kalau yaya bosan di office hari ni..ingatkan kembali apa auf dah buat semalam..mesti yaya senyum sensorang.. :P

zuris : seronok sangat dan penat..penat melayan keletah haqq tu..hahahaha

ina : sepupu kau ramai yang kecik-kecik lagi.abeh rumah nenek macam kapal karam kan :)

Mommy Fara berkata...

bertuah punya haqq! bijak sungguh! boleh dia jadikan bakul tu port tmpt main helikopter eh?

aydin nak geng dgn abang haqq la mcm nie...boleh tak? tapi aydin debab. muat tak nak duduk berdua dgn abang haqq dlm bakul tu?

abah dan mak haqq berkata...

fara : kalau aydin nak duduk sama-sama ddgn abg haqq dalam bakul..nanti abg suruh mak abg belikan bakul besarrrr punya..bolehlah isi lorry aydin sekali ok :)

NURUL JAMIAN berkata...

gambar2 kid sangat cantik

abah dan mak haqq berkata...

nurul : hahaha..yeke?terima kasih tau.. :)