Sabtu, 23 April 2011

Haqq Ber"Rock Climbing"

Asalammualaikum..

Biasa kalau hendak buat rock climbing ni.. 
kita perlu menggunakan peralatan dan latihan yang secukupnya..
sebelum memulakan rock climbing..

Tetapi tidak bagi Haqq..
tanpa alatan dan latihan yang sempurna..
Haqq telah berjaya melakukannya.. :)

Dapat naik sedikit

Tak sakit ke lutut kamu tu Haqq?

Hooray, Haqq telah berjaya :)

Inilah yang Haqq paling suka buat..
selain berlari dengan riangnya..
sepanjang kami menemani Abah memancing akhir bulan lepas..

Tak menang tangan nak melayan karenah Haqq ni..
bila Abah nak lempar joran je..
Haqq pun sibuk nak ikut sama turun ke bawah..

Tapi Haqq memang tak berpeluang langsung untuk turun..
sebab bila Haqq nak panjat batu je..
terus Mak cepat-cepat angkat dia..
Mak pun tak berani turun sendiri..
apatah lagi sambil mendukung Haqq..

Cuma masa Mak snap gambar itu pun..
kaki dan tangan Mak sudah bersedia..
untuk tangkap Haqq kalau tiba-tiba Haqq hendak turun ke bawah..

Maklumlah Haqq kan budak yang sedang membesar..
Mak pasti kawan-kawan Haqq yang lain pun..
mesti lasak juga macam Haqq kan..
hehehehehe.. :)

Akibat asyik panjat batu..
habis lutut Haqq dah bercalar..
itu pun nasib baik Mak pakaikan Haqq seluar panjang 3 suku tu..
kalau pakai seluar pendek..
alamatnya bertambah lagilah tanda budak baik ni.. :P

- Mak Haqq

3 ulasan:

~daRLee ZuRiS~ berkata...

hehee...budak tengah membuas ek
dilarang,payah.biarkan jelah dia mengexplore
:)

abah dan mak haqq berkata...

zuris : hehehehe..kysha pun macam tu juga kan.ingat penat kejar anak boleh kurus tapi tak pulak.. :P

cik sakura :) berkata...

nanti haqq dah besa sikit cik aten bwk haqq g panjat real rock climbing eh ?? flying fox skali . watch out little monster !!! huhu :P