Jumaat, 8 April 2011

Wall Decor Sticker

Assalammualaikum..

Walldecor kartun Upin & Ipin

Sepertimana mana gambar di atas..
itulah benda yang Haqq berkenan masa pergi pasar tani Simpang Renggam tu..
wall decor karektor kartun dari siri cerita Upin & Ipin..
Haqq kan suka menonton kartun tu.. :)

Semasa perjalanan pulang dari pasar tani lagi..
kami dah bersetuju untuk tampal wall decor ni..
pada dinding berdekatan dengan dapur dan bilik kami..
sebab nak sembunyikan mural yang Haqq buat dulu tu..

Sampai sahaja kami di rumah..
dengan tak sempat nak kemas barang-barang yang dibeli di pasar tani tadi..
Abah terus mulakan aktiviti tampal menampal ni..
dan macam biasa Haqq sangat setia untuk menyibuk sama.. :P

Mula-mula kena asingkan satu-persatu.

Saiz Mei Mei yang kecil tak dapat nak tutup mural Haqq

Bila nampak ayam tu berkokok je lah si Haqq ni :P

Masa Abah sedang asingkan kartun tu semua..
tangan Haqq pun sibuk juga nak buat...
bila Abah nak tampal pada dinding..
pun sibuk nak tampal juga..

Macam ni lambat lah nak siap..
Mak pun apa lagi..
ambillah baki wall decor yang telah diasingkan tu..
lekatkan di muka dan leher dia..
hahahahaha...

Itulah siapa suruh kamu sibuk sangat.. :P

Nanti nak cari lagilah wall decor..
tapi hanya karektor kartun Upin & Ipin je lah..
nak penuhkan dinding tu sampai tak nampak keseluruhan mural Haqq..
lagipun dinding tu Abah cat separuh je
boleh tak Abah? 

p/s : Kalau di sarang Simpang Renggam bolehlah Haqq tapi kalau di rumah Pontian tak boleh tau :)

- Mak Haqq

5 ulasan:

nanonano berkata...

na pun bru beli smlm kt psr mlm,
$1.50 skeping, 3keping $4.
tp xde plak upin amek
so amek ben 10 je lah..
nk tampal kat lemari bidak tu,
tp mcm xcantek,
sudahnye xtertampal la lg :p

~daRLee ZuRiS~ berkata...

sekarang trend orang tampal sticker2 tu kan.
zuris pun ada buat tp tangan nie keras,maka terus tak lawa.
hilang mood nak tampal yg lain.huhuu

abah dan mak haqq berkata...

nano & zuris : menampal ni pun sebab nak tutup mural tu kononnya..kemudian boleh buat modal nak pujuk haqq kalau dia menangis..hahahaha.. :P

Mommy Fara berkata...

wah! ceria sgh haqq bile dpt sticker upin dan ipin tu.....

abah dan mak haqq berkata...

fara : mau tak ceria..sebab ada upin ipin depan mata dia..hahaha.. :P