Sabtu, 9 April 2011

Kenapa Dipanggil "Sarang"?

Assalammualaikum..

Kalau ada yang perasan..
ada banyak juga cerita Mak sebut tentang sarang...
termasuklah cerita tentang wall decor yang lepas..

Sarang yang Mak maksudkan adalah rumah kami sendiri di Simpang Renggam..
tapi bukan rumah yang dibeli..
cuma kuarters yang telah disediakan oleh Penjara Simpang Renggam..

Kenapa rumah kami dipanggil sarang?
ini adalah kerana rumah kami terletak di tingkat 3..
tinggi kan rumah kami..

Sebab itulah kami panggil sarang..
burung kan suka buat sarang di tempat tinggi..
hahahaha.. :P

Bila duduk di kuarters yang bertingkat ni..
sudah tentunya akan ada balkoni..
dan rumah kami ada 2 balkoni..
1 di dapur dan 1 lagi di ruang tamu..

Kali ini Mak ingin berkongsi dengan semua..
pemandangan melalui balkoni ruang tamu tu..
Mak sangat berpuas hati dengan rumah ni..
sebab utamanya balkoni tidak menghadap blok lain.

Jadi angin lepas masuk ke dalam rumah kami tanpa halangan..
kadang-kadang bila tengahari dengan panas yang membara tu..
kami tak perlu gunakan kipas pun.. :P

Balkoni telah menjadi tempat permainan Haqq

Gayat juga bila lihat bawah

Lembu sedang meragut

Bila lembu-lembu tu semua meragut rumput..
bukan main teruja si Haqq ni..
mulut tu bukan main bising panggil lembu tu.. :P

Pemandangan di sebelah kanan.
Rasanya itulah Gunung Belumut kot

Masih ada lagi blok di sebelah kiri

Pemandangan di awal pagi

Tenang je bila tengok kehijauan ni semua

Mak memang sengaja tak snap gambar pemandangan di waktu malam..
takut nanti ada yang tersalah snap pula...
tak ke jadi haru biru nanti.. :P

- Mak Haqq

5 ulasan:

Fadilah R. berkata...

haha, siang indah hijau lah kan kid. kalo mlm. huuuuuuuu

abah dan mak haqq berkata...

fad : hahahaha..tau takpe.bila dah nak maghrib je cepat-cepat tutup sliding dan langsir tu.. :P

Rhona Rozlan berkata...

awesome lah! aku suka scene macam ni. tenang.

Mommy Fara berkata...

kid bt saya jeles tau....sbb pemandangan dpn umah kid tu sgt ctk dan menenangkan!

abah dan mak haqq berkata...

rona : memula tenang kemudian tak tenang lepas haqq kacau masa nak menikmati pemandangan..hahaha :P

fara : sebab tu kami tak nak pindah rumah lain walaupun rumah tu ada sedikit kekurangan..biasalah rumah kuarters..kuarters lama pula tu..