Isnin, 25 April 2011

Zirafah Di Atas Pokok

Assalammualaikum..

Zirafah di atas pokok?
eh, mana boleh zirafah panjat pokok..
zirafah kan besar dan berleher panjang..
jadi kalau zirafah hendak makan dedaun atas pokok tu..
zirafah hanya perlu memanjangkan lehernya sahaja..

Macam ni.

Tetapi semasa kami sekeluarga mengambil angin petang di tepi laut Pontian..
Mak telah ternampak "anak zirafah" di atas pokok..
bila dah nampak perkara pelik macam ni..
kita jangan lupa ambil gambar untuk jadikan bukti ya.. :)

-
-
-
-
-
-
-
-

Steady je "anak zirafah" ni duduk :)

"Anak zirafah" cuba menggapai bunga-bunga yang kemerahan itu

Eh senyum-senyum pula "anak zirafah" ni :P

Cubaan untuk melompat tetapi "abah zirafah" sudah menyambutnya :)

Sekarang sudah jelas terbukti bukan..
ada "anak zirafah" di atas pokok..
hahahahaha.. :P

Oh, mintak maaf ya ibu-ibu kawan-kawan Haqq ni semua..
Mak telah menggelarkan Haqq "Anak Zirafah"..
bukan Mak nak samakan Haqq dengan haiwan tersebut..
cuma kebetulan pula si Haqq memakai baju yang mempunyai gambar zirafah.. :P

Nampak tak gambar zirafah dalam bulatan tu.

Pokok ni rendah je sebab itu Abah berani dudukkan Haqq di celah dahan tu..
lagipun Abah berada betul-betul di bawah Haqq tu..
siap sedia mana tau Haqq nak terjun ke bawah..

Kalaulah pokok tu dahannya rendah je..
tentu Haqq boleh panjat sendiri..
budak-budak sebaya Haqq kan suka memanjat..
panjat katillah, kerusilah..
macam kawan Haqq yang bernama Aip ni yang suka panjat kabinet tv.. :P

- Mak Haqq

8 ulasan:

jaja berkata...

'anak zirafah' yg kiut....nakal ye kamu haqq...

Intan and The Boys berkata...

aloh2....comelnya dia senyum dari atas pokok tu.
:)

yaya+frdz+auf berkata...

baru la lelaki sejati panjat pokok. haha. haqq nanti ajar auf eh. :)

nanonano berkata...

tp haqq lg comey dr anak zirafah tu :p
xpe, kali ni bapak zirafah tlg sambut,
sok2 terjun sdiri xde hal la..

faraherda.razalan berkata...

kid punye entri nie kiut2 tau! haqq! geram betul dgn kamu!

Haqq dan Laeka berkata...

jaja : hahaha..mmg nakal tapi manja sangat..geram kid :P

intan : tu muka senyum..kalau muka melalak tak comel langsung.. :P

yaya : kalau kat kampung mesti best kan dapat panjat pokok bagai..kalau kat bandar ni panjat kat playground je.. :)

nano : pasal terjun ni teringat zaman kid dulu suka terjun dari tingkap rumah paklong..hahaha

fara : geram ek..hahaha.nanti bila kita dating fara babap dia tau :P

~daRLee ZuRiS~ berkata...

hahaaa..sabar je lah
comel jelah haqq senyum2 atas pokok tu ye.seronok panjat pokok ek

Haqq dan Laeka berkata...

zuris : abah dia yang letakkan kat celah dahan tu.haqq nak panjat tapi tak berani.gayat macam abahnya kot.ops kantoi..hahahaha :P

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers