Khamis, 23 Jun 2011

Rindu Semuanya

Assalammualaikum..

Alhamdulillah kami sekeluarga dalam keadaan sihat..
Mak rindu sangat nak berceloteh disini..
ada banyak cerita dan perangai Haqq yang semakin nakal ni.. 

Mak masih seperti dulu..
cuma mood hendak bercerita tu..
dah sembunyi entah ke mana..
semenjak Mak bekerja semula awal Mei lepas.. :(

Namun dalam kesibukan kerja yang Mak suka ni..
Mak tetap singgah sebentar untuk membaca cerita tentang kawan-kawan Haqq..
tapi Mak memang tak sempat nak memberi komen..

Oh ya..
kerja baru ni Mak sangatlah seronok dan membuatkan Mak sibuk setiap hari..
sampaikan bawa balik kerja dan sambung di rumah pula..
sebab itulah Mak memang tak berkesempatan nak berdondang sayang..
lepak lama-lama di FB ataupun blog seperti dulu..

Walaupun Mak sibuk dan tak sempat nak bersembang macam dulu..
Mak tetap rindukan dan selalu ingat kawan-kawan Haqq yang nakal tu semua..
dan Mak harap kawan-kawan Haqq pun tidak melupakan Haqq juga ya.. :)

InsyaAllah..
bila ada masa terluang lagi Mak akan kembali bercerita semula seperti dulu ya..
ini pun homework Mak tersadai kat tepi lappy Mokngah ni... :P

Semoga semua kawan-kawan Haqq sentiasa dalam sihat dan ceria ya..
dan juga jangan nakal-nakal tau..
tapi kalau tak nakal bukan budak namanya kan.. :P

Mak dan Haqq

p/s : Mokngah, saya pinjam lappy kamu ya. Lappy pusaka tu dah beratlah nak kena format semula.. :P

- Mak Haqq

2 ulasan:

nanonano berkata...

mak haqq makin selim ah skrg,
apekah rahsianye? jeles neh.. :p

::( ';')جو أمير(';' ):: berkata...

Kid nie comel je.. :)