Jumaat, 7 Oktober 2011

Haqq Ke Majlis Ulangtahun Nashriq Yang Pertama

Assalammualaikum...

Wah, mood bercerita sudah datang..
hari ini Mak nak bercerita tentang Majlis Ulangtahun Nashriq Yang Pertama..
yang sudah hampir sebulan berlalu yang telah diadakan pada hari Sabtu, 10 September yang lalu..

Ini merupakan perjumpaan kami yang kedua selepas BGWS dulu tu..
lokasi BGWS adalah di rumah Aishah sendiri..
terdapat persamaan perjumpaan dulu dan sekarang tau..
dimana dulu kami sekeluarga juga yang pertama sampai dan balik awal..
dan cuaca pada hari kejadian adalah hujan..

Tapi Alhamdulillah..
majlis dulu dan sekarang telah berjalan dengan meriah..
walaupun kami sekeluarga terpaksa pulang awal..

Bukan apa..
kami terpaksa bergegas balik ke Pontian semula sebelum pukul 5 petang..
sebab Cik Ali, sepupu Mak ada buat sedikit jamuan di rumah Tok Lom tu..

Setibanya kami di sana..
Aishah masih belum siap lagi..
maklumlah mak pengantin..
sudah tentunya Aishah sibuk ke hulu-hilir bagi memastikan semuanya telah siap dihidangkan untuk tetamu nanti.. :)

Bila masuk je ke perkarangan rumah Aishah..
Mak teruja betul kerana dalam keadaan berbadan dua tu..
sempat lagi dia menyediakan dekorasi yang menarik bagi majlis si Nashriq tu..
Wahid, Ayah Nashriq pun tak kurang sibuknya tau..
dia lah yang menampal banner dan belon di luar rumah tu.. :)

Bila kami sampai..
orang yang pertama Mak cari adalah Nashriq..
hehehehehe...
sorry ya Aishah, Mak cari Nashriq dulu.. :P

Geram sungguh Mak dengan Nashriq ni..
bila dukung dia..
punyalah keras dan tegap..
rasa macam nak kunyah je dia ni..
nyum nyum..!!!

Nashriq pun kelihatan gembira sangat..
sebab ramai yang melayan dia..
Nashriq jadi geram bila tengok abang-abang berlari sana sini..
sebab dia tak dapat nak kejar dan berlari sama.. :P

Banyak juga menu yang Aishah hidangkan pada hari tu...
ada Nasi Ayam, Mee Hoon Goreng Cina, Puding Cocktail dan kuih tradisional iaitu Kuih Kaswi..
memang sedap semuanya tau..
tapi Mak tak sempat nak jamah Puding Cocktail sebab sibuk bersembang.. :P

Tapi yang paling Mak terkilan sangat tu..
tiada satu pun gambar Mak bersama Aishah mahupun Nashriq..
disebabkan asyik makan dan makan dan makan..
sampai terlupa nak bergambar... :(

Mau taknya kami asyik makan je..
sudahlah tengah hujan..
makanan pun sudah siap dihidangkan di atas meja dan masih panas-panas lagi..
jadi berdongdang sayanglah perut kami ni minta diisi..
hahahaha.. :P

Kalau nak tahu..
Haqq makan nasi ayam sampai bertambah tau..
bukan main lagi Haqq mengunyah nasi yang disuap Abah.. :)

Eh, Aishah pun ada sediakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak juga tau..
ada Rocky, ada Choki-choki..
dan sekali lagi Mak tak sempat nak rembat tu semua..
alahai..asyik terlupa je nak makan..
tapi kalau Mak yang makan...
confirm habis sebelum tetamu lain sampai..
lagipun semua tu kan untuk kanak-kanak... :P

Tetamu yang rasmikan hidangan yang ada.. :P

Besar betul kek Nashriq.
 Malangnya kami tak sempat menjamah sebab dah balik dulu sebelum acara kemuncak iaitu memotong kek.

Sebelum kami bergerak pulang..
Aishah sempat berikan Haqq goodie bag yang diisi dengan coklat dan keropok..
hahahaha..
yang dalam goodie bag itu semua Mak sempat makan sebelum Abah dan Haqq makan..
jangan marah ya Haqq.. :P

Kad yang terselit dalam goodie bag dan Mak masih simpan :)
Peh, berabuk keyboard :P

Terima kasih buat Aishah dan Wahid..
kerana menjemput kami untuk memeriahkan majlis Nashriq ini..
minta maaf kerana kami tidak dapat tunggu sampai akhir majlis..

InsyaAllah, bila adik Nashriq dah ada..
kami akan datang melawat ya.. 
nanti bolehlah Mak buat entri khas untuk adik Nashriq..

Akhir sekali..
Selamat Ulangtahun yang Pertama Muhammad Anas Nashriq..
kami sekeluarga mendoakan agar segala kebaikan, kesihatan yang sempurna dan berpanjangan mengiringi Nashriq sepanjang hayat.. :)

p/s : Aishah, minta izin curi 2 keping gambar itu ya.. :)


PEMBETULAN : 


Ahad, 09 Oktober 2011 - 14:00pm
Alahai sebenarnya kami terpaksa pulang awal bukan sebab Cik Ali buat jamuan tu...
tapi sebenarnya disebabkan Mokngah dah nak balik Penang semula pada petang tersebut..
itulah siapa suruh peram lama-lama cerita..
kan dah terpesong sedikit ceritanya..
Mak baru perasan tadi..
minta maaf ya semua..
adeh... :P

- Mak Haqq

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tau xpa..baru nak tegur ari tuh..aiyaa...apara...cian mokngah xda credit dlm cerita...hahahaha

Aishah Rahim berkata...

Hehehe. Terima kasih sebab datang Kid. Seronok dapat jumpa Kid dengan Haqq. Nanti baby lahir, jemput datang tau! :))

Haqq dan Laeka berkata...

Mokngah : Ala lupalah..suka sangat simpan kan dah lupa. Jom balik kampung

Aishah : Sesama, tak puas sebab ada Aishah kena layan semua orang. Lenkali kena layan kid sorang je tau. Hahahahaha... InsyaAllah kami akan datang ek :)

afni+hafiz=dani berkata...

hehe..siap ada pembetulan.. btw, sedih nye tak dpt jumpa korang semua..

Haqq dan Laeka berkata...

afni : itulah pasal..padahal dah dok senegeri tu. nantilah kita sesama melawat Aishah ek :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers