Jumaat, 23 Mac 2012

Haqq Berjumpa Dengan Payin Manja

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu Mak nak minta maaf dengan Umi Payin..
sebab punyalah lama Mak simpan cerita pertemuan kita ni..
asyik tertangguh je..
dari bulan November lepas sampailah sekarang..
lama kan?

Sebenarnya pertemuan ini adalah yang pertama kami..
kebetulan masing-masing hendak balik kampung untuk bercuti Raya Aidiladha..
jadinya Mak dan Umi Payin berpakat untuk berlaga perut di bandar Temerloh :)

Kenapa pula berlaga perut kan?
hahaha, kerana Mak dan Umi Payin masing-masing sedang mengandung.. :P

Masa pertemuan tu..
Mak memang terkejut sangat bila Umi Payin umumkan yang dia sedang mengandung..
pandai betul Umi Payin simpan rahsia... :P

Umi dan Abah Payin sangat sporting tau..
apatah lagi si Payin tu..
tersangatlah manja yang amat :)

Walaupun baru pertama kali berjumpa..
Payin bukannya takut dengan Mak..
selamba je dia peluk Mak tau... :)
Umi dan Abah dia panggil pun..
dia buat tak dengar je :P

Yang paling Mak teruja tu..
semasa Payin peluk Mak sambil sangkut dagu di bahu Mak ni..
alahai manja sangat..
geram Mak tau tak.. :)

Aisey Mak tak ready lagilah

Umi Payin dan Payin pandang kamera Abah Haqq,
Mak dan Haqq pandang kamera Abah Payin :P

Payin buat muka selamba :P

Ala, Payin pandang tempat lain pula

Masa ni Payin dah rimas dah asyik bergambar je :P

Berjaya apabila semua pandang kamera :)

Haqq ni dah dapat belon buih tu memang dah tak hiraukan sekeliling

Kalau nak diikutkan..
bukannya Haqq yang berjumpa dengan Payin..
tapi Mak yang berjumpa dengan Payin..

Haqq bukannya nak berkawan pun dengan Payin..
dia sibuk sangat main buih sabun tu..
geram betul Mak dengan Haqq ni..

Boleh pula Haqq nampak orang yang jual buih sabun ni..
walaupun berada di seberang jalan tu..
itu yang merengek ajak Abah pergi beli buih sabun tu..

Walauapapun Mak nak ucapkan terima kasih buat Abah Payin..
yang sudi membawa Umi dan Payin berjumpa dengan Mak..
terima kasih juga buat Umi Payin..
sebab sanggup tunggu kami sehingga kami sampai..
walaupun masa tu Umi Payin dalam kepenatan dan mengalami sickness yang agak teruk.

InsyaAllah, ada rezeki lagi..
kita berjumpa lagi ya..
pada masa tu sudah tentunya..
masing-masing membawa 2 orang anak dah..
mesti seronok kan :)

2 ulasan:

lovely dots berkata...

Salam

Lovely Dots berbesar hati menjemput anda untuk meMENANGi Where's Elmo a peek-a-boo book untuk si kecil kesayangan.

Sila Layari pautan ini -> Lovely Dots March Giveaway untuk mengetahui syarat & langkah-langkah berkaitan.


Terima kasih.

m@ri@ berkata...

aik bila jumpa reen ni..jeles..bila nak jumpa kita plk..hehe..