Rabu, 21 Mac 2012

Segalanya Baru

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur kerana Mak sekeluarga masih lagi bernafas di dunia yang sudah tua ini..
agak lama juga kami menghilangkan diri dari dunia maya ni..
sejak dari pertengahan Disember 2011 hinggalah akhir Mac 2012 ni kan?
dan sepanjang 3 bulan inilah terdapat kejadian pahit dan manis telah berlaku..

Kejadian yang paling pahit adalah..
pemergian Allahyarhamah Nenek Midah iaitu Ibu kepada Abah Haqq..
pada 05 Disember yang lalu..
pemergian allahyarhamah yang sangat-sangat tidak diduga oleh semua orang..
nanti Mak ceritakan ya. :(

Yang manis pula sudah tentunya kelahiran adik perempuan Haqq, Nur Malaeka..
pada 02 Mac 2012 yang lalu..
pastinya ramai sudah tau tentang kelahiran adik Haqq ni..
dan menantikan kisah kelahirannya kan? :P

Eh, bila masa Mak mengandung?
hehehe, mintak maaflah sebab Mak tidak berkongsinya dulu..
bukan apa, hormon MALAS yang melampau untuk update Blog, FB dan Twitter tu..

Apa yang baru untuk 2012 ni?
Mak sudah menukarkan URL yang lama kepada yang baru..
dari http://anakkuhaqq.blogspot.com kepada http://haqqdanlaeka.blogspot.com
dan juga tajuk blog dari Cerita Tentang Haqq..
kepada Kisah Nurhaqq dan Malaeka..

Kenapa Mak tukarkannya..
sudah tentu kerana kehadiran orang baru tu..
sebelum ini kan Mak selalu bercerita tentang Haqq..
sebab tajuk blog pun Cerita Tentang Haqq..

Akan datang, Mak hendak bercerita tentang Laeka pula..
takkan lah Mak nak buat blog baru..
tak terkejar pula Mak nanti..
hendak harapkan Abah tu..
dia lagilah sudah malas nak bercerita di sini.. :P

Itupun bila Mak tukarkan URL baru..
habis semua hilang senarai blog kawan-kawan Haqq dan Mak..
sudahnya Mak kena buat semula semua senarai blog tu..

Nanti tolong tinggalkan URL blog di komen ya..
Mak nak update semula macam dulu..
senarai blog yang ini pun Mak nak namakan semula tapi tak boleh.. :(

Oklah, sampai ini je Mak berceloteh..
nanti Mak sambung semula ya..
hari ini Mak nak kongsikan gambar Laeka beberapa hari lepas..

Nur Malaeka :)

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers