Khamis, 21 Januari 2010

teringat masa berbahagia....


petang nie aku baru balik keje..dok la belek2 album kawin tahun lepas jumpa plak cd kawin aku masa kat pahang..bila diingatkan balik hehe rasa seronok gembira haru biru semua ada..kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat orang2 kampung aku terutamanya ahli2 blok 3 & 4..kat kampung aku kenduri kawin je mesti gotong royong dari sebelum majlis sampai siap majlis... memang happening la..

dulu aku yang rajin la kalau ada umah sesapa buat kenduri kawin memang tak pernah miss..syok beb masa tu la kita dapat bergaul ngan orang2 'lama' tak kira makcik ke makcik,ada je lawak yang dibuatnya...


tugas aku bila kenduri nie biasala..basuh pinggan je..tak menang tangan dibuatnya..dulu tak macam sekarang dah kira makan layan diri je.. dulu pakai angkat hidang siap pakai 'talam'(dulang yang besar)...memang seronok tapi penat sikit je..


nie la makcik2 mentara kat kampung aku merkasih semua.yang baju merah kat bawah tu ialah mak aku..(siap peace lagi)


biasanya bila dah jadi 'mentare'(orang yang bekerja masa kenduri nie anda automatik akan dibekalkan sehelai tuala 'good morning' dengan lipatan duit(biasanya macam2 bentuk)yang disematkan kat baju supaya orang atau tetamu senang nak panggil kalau ada apa2 bantuan..

tapi ari nie aku tak dapat nak buat ape2 sebab aku yang jadi pengantin hari nie..



cuaca memang panas masa nie.. tapi semua mantain je... ape pun yang dipayung kuning tu ialah raja sehari bukan raja ok.....


lihatlah langit yang biru menandakan cuaca yang cukup baik alhamdulillah


isteri tercinta Nurul Hayaty (mak haqq)




Member dari kuantan : (Belakang) awek amy, Amy, Nurul Hayaty,Asrin,Mohd Syukri(keri),Awek keri
(duduk) Mohd Aziz(ajis) Mohd Firdaus(Ligat), Yudy


apa pun hari yang cukup bangia bagi aku dan isteri.. kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila2..aku rasa gembira kerana pada hari ini semuanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang cukup panas..

alhamdulillah aku bersyukur segalanya berjalan lancar..
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan aku secara atau tidak langsung..



- abah haqq

2 ulasan:

abah haqq / mak haqq berkata...

hamboihh...gemotnye mak haqq :P

ain berkata...

kak ti sejak bader blog neh....????xhabaq pon na....mc follower neh???