Khamis, 20 Mei 2010

tentatif kelahiran haqq - part 5 (last)

Assalammualaikum..

31.08.2009 (isnin)
wah..wah..
jam dah pukul 12.00tghmalam..
merdeka..!!merdeka...!!merdeka..!!
huhuhu..
yang merdekanya Malaysia..
bukannya mak pun..
sebab mak masih tak bersalin lagi..

dalam Bilik Bersalin tu..
tiada siapa yang teman mak pun..
abah kat luar kesejukan seorang diri..
kesian abah..kesian jugak kat mak..
uwaaaa... :(

dalam pukul 2pagi lebih macam tu..
datang 2 orang nurse untuk check mak..
mula-mula nurse A check..
dia cakap, "eh masih 6cm lagi la..eh betul ke ni?akak cuba try pulak"
nurse B pun terus check lepas nurse A keluarkan tangan dia..
"5cm la..tapi saya tak dapat rasa kepala baby pun..jauh lagi ni"

bayangkanlah mak kene check 2 kali berturutan..
dahlah dengan sakit kontraksi tu lagi..
mak suruh nurse check selepas kontraksi..
(kontraksi yang selang 5 minit tu)

bila CTG pun dah tak cantik..
bukaan pun dah asyik 5cm dan 6cm je..
doktor pun ambil keputusan untuk C-sec..
betapa sedihnya rasa sebab mak memang nak sangat bersalin secara normal..
biarpun ramai suka C-sec dari normal..
bukan apa,fikirkan kesan jangka masa panjang kalau kita C-sec ni macam-macam..
sekarang pun still rasa sakit kalau mak terlebih mengeliat.. :(

mak minta doktor tunggu sampai mak boleh bersalin biasa..
tapi doktor sangatlah menggalakkan mak C-sec sebab dah lama sangat..
takut kuman dan baby makan najis je nanti..
lagipun heartbeat baby memanglah tak cantik sangat.. :(

akhirnya setelah dipujuk..
mak terpaksalah sign segala borang dokumen..
kenapa mak yang sign?
part ni la yang sedih sangat.. :(
masa abah tunggu kat luar..
abah dah tanya banyak kali tentang keadaan mak..
tapi nurse kat depan tu kata mak lambat lagi..
nurse tu siap suggestkan abah pergi sahur dulu..
(bukan suggestkan temankan mak pun)

abah pergi la sahur kat kedai belakang HSA ni..
bila masa untuk sign segala borang ni..
mereka cari abah takda kat depan..
dan kebetulan masa tu abah tukar handphone dengan tokmak..
jadi pihak HSA call tokmak yang jawab kat rumah..

mak sign borang tu mcam conteng atas kertas..
masa tu mak lemah sangat dan rasa penat sangat..
tak larat dah nak angkat tangan..
nurse-nurse semua siapkan mak untuk ke Bilik Pembedahan (BP)..
korang bayangkanlah ek..
mak disorong ke BP tanpa jumpa abah,tanpa bercakap dengan tokmak..
kalaulah apa-apa terjadi masa tu..
uwaa....tak dapat mak bayangkan..

tokmak terus call abah yang mak kene C-sec..
abah dengan tak habis segelas air pun terus balik..
makan pun tak..
sampai je kat wad memang tak nampak mak dah..
mak ada dalam BP dah.. :(
kesian abah..
mesti dia risau sangat kan..

mak masih ingat lagi..
dengan bogel-bogel diangkat ke meja bedah..
disuruhnya duduk dan peluk bantal sebab nak bius..
alhamdulillah pakar bius tembak sekali je..
nurse pakaikan alat yang diketip di hujung jari tu..
pakaikan oksigen..
mak dibius separuh je..
so masih boleh melihat keadaan sekeliling walaupun sangat penat dan lemah..

mak boleh bau daging terbakar...
rasa ngilu-ngilu tu semua..
para doktor bertungkus lumus bekerja..
dalam BP tu hanya kedengan radio je..
mereka bekerja dengan cepat tau..
walaupun mak ni rabun..
mak still boleh nampak pembedahan tu melalui cermin lampu tu..
tapi tak berapa jelas la..

Alhamdulillah..
akhirnya pada 4.17pagi..
lahirlah Muhammad Nurhaqq bin Asrin seberat 2.8kg..
mak nampak tau masa haqq dikeluarkan..
masa tu haqq warna kelabu..
tapi haqq buat mak risau sebab tak menangis pun...

nurse terus bawa sebelah mak..
"awak nak baby apa?"
mak jawab,"lanang".. :P
terus nurse bawak lari..
apatah nurse tu semua buat pada haqq baru haqq nangis..
barulah lapang dada ni dengar haqq nangis..
sambil siapkan haqq..
dengar nurse cakap "awak ni suka main nyorok ek..kesian mak awak kene C-sec"
mak dapat senyum je la.. :P

haqq terus dibawa ke WB..
setelah selesai semuanya..
mak dibawa ke satu tempat apatah tak ingat..
untuk tunggu bius tu habis..
mak tidur sampai pukul 6pagi macam tu..

bila bius habis mak terus disorong ke WB..
keluar je dari pintu BP terus nampak abah..
abah ikut sama ke WB hantar mak..
sambil tolak mak abah genggam tangan mak sambil tersenyum..

sampai di WD, abah tolong nurse pindahkan mak ke katil..
lepas tu abah terus pergi ambil haqq dan azankan haqq..
mak rasa sayu hati dan bersyukur kerana semuanya selamat..
Alhamdulillah haqq dilahirkan dengan cukup sempurna..
sebelum abah balik..
abah cium kami dulu sambil berbisik,"terima kasih honey"..
menitik air mata mak tau..

dah pukul 7 pagi abah tinggalkan kami berdua..
kesian abah kepenatan..
by,terima kasih atas segalanya ya.. :)
nanti petang abah akan datang semula dengan family yang lain pulak..

huhuhuhu..
selesai sudah pengalaman bersalin mak ni..
lepas ni mak nak cerita pengalaman di hospital..
tapi tajuknya lain la ek..
sila tunggu..!!!

mak sangat comot,anak plak comel sangat.. :)

p/s : ada cerita pasal si Raja SMS tau..korang agak-agak siapa?

- mak haqq

5 ulasan:

Intan and The Boys berkata...

yang, ceita bersalin kita hampir sama. cuma kita lebih beruntung sebab alang kat sisi kite sampai masuk dewan bedah. pengalaman bukaan 6-7cm je dan ctg yang huduh adalah serupa! (oh..awak 5-6cm je kan?)

semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh.

abah dan mak haqq berkata...

mama khalish : wah..beshnya papa khalish ada sama..sedih tau masa dalam WB tu sensorang..

insyaAllah anak-anak akan jadi anak yang soleh :)

pinkishblue berkata...

sy adalah salah seorg yg suke c-sect! hihihi.. nasiblah aku kena seluk skali jek.. doc terus suh c-sect.. hihi.. tak mao ar kena seluk bnyk kali..

aku takleh blah ngan ayat ko kat bwh ni... ahahah --->>

"awak nak baby apa?"
mak jawab,"lanang".. :P

betul ke ko jwb "lanang"? ahaha dlm tgh bedah pon leh nak ngomong jawa lagik.. ?

qidzizie berkata...

hahahha....best gile...
sungguuh tak sangka kwn2 aku mempunyai experience yg sgt2 berharga..takut plak nk melalui saat2 tu..ermmm..ntah bila la yekk...huhu...

abah dan mak haqq berkata...

zakiah : aku mmg jawab lanang dalam keadaan mamai-mamai..huhuhu :P

fazila : kami tak sabar nak tunggu ko ni

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers