Sabtu, 27 November 2010

Cubaan Untuk Senyum

Assalammualaikum..

Bila masa abah tiada dirumah..
mak dan Haqq selalu bergolek-golek atas katil dalam bilik..
kalau nak bergolek di depan tv tu..
mau berbenjol kepala ni..
sebab ada tikar buluh je buat alas lantai..

Kalau dalam bilik ni..
Haqq nak terlentang,nak terjun tiruk..
mak tak kisah pun..
sebab Haqq buat stunt tu semua atas katil..

Sedang sibuk Haqq loncat sana sini..
mak pun keluarkan HP..
kononnya nak ambil gambar Haqq tengah main la ni..

Nampak je HP kat tangan mak..
terus berhenti bermain dan duduk depan HP ni..
mak pun apa lagi..
suruhlah Haqq ni senyum...
macam mana gaya Haqq senyum..
meh kita tengok.. :P

Memula terkejut sebab ada flash..

Kemudian senyum simpul la pula..

Eleh memalu pula nak senyum ek..

Ini baru betul Haqq senyum kan nak.. :)

Macam ni la aksi si masam ni kalau disuruh senyum..
kalau kami halakan kamera lagilah dia tunjuk muka masam tu..
yang tersengih macam kerang busuk..
tapi busuk-busuk Haqq sedap tau..

p/s : selalunya Haqq akan sengih nampak gigi yang tak banyak sampaikan terkejam mata dia.. :P

- mak haqq

5 ulasan:

Hannah Johary berkata...

Dah macam iklan Yes pulak, buat gambar berperingkat2 gini. Hihi.

Haqq buat eyelash extension kah? Bak Myiesh sikit! Jealous ni! :D

Zaidah berkata...

HAQQ PAKAI MASKARA KER.....PANJANGNYER BULU MATA...

abah dan mak haqq berkata...

hannah & kak zai : aah memang panjang dan lentik..
pastu nak tidur..
sebelah tangan pegang botol susu..
sebelah lagi gentel bulu mata tu.. :P

=MissRynn= berkata...

amboi haq.. gigi dah penuh yea.. comey tul..geram aunty tgk..
tidur gentel bulu mata..adehh.. comey doww

abah dan mak haqq berkata...

ina : nanti aku try amik..tah apa-apa tah gentel bulu mata..hahahaha