Khamis, 25 November 2010

Bola

Assalamualaikum..

Sejak dari Haqq lahir lagi..
kami tak banyak belikan dia toys...
boleh kira toys yang dia ada sekarang..

Tapi yang paling banyak sekali dalam bakul toys dia..
adalah BOLA..
pantang nampak objek berbentuk bulat..
mesti Haqq akan tunjuk dan sebut "B"..
agaknya dia nak sebut bola atau ball kot.. :P
Haqq kan belum pandai cakap lagi..

Kelmarin masa di kampung abah..
Tok Muni ada bawa Haqq ke kedai..
untuk beli cili merah yang Nek Midah pesan..
sampaikan terlupa disebabkan si Haqq ni yang obses dengan bola..
seboleh-boleh nak bola yang bergantungan tu..

Haqq mengeliat dan melorotkan badan dia dalam dukungan Tok Muni..
bila Haqq dah buat perangai tak senonoh dia tu..
terus Tok Muni tarik bola itu dan bagi pada Haqq..

Haqq apa lagi bukan main sengih la dia dapat bola tu..
bila dah bayarkan bola..
terus Tok Muni keluar kedai dan balik rumah..
sebab itulah cili merah Nek Midah terlupa nak dibeli..

Isk isk isk..
Haqq ni dah pandai demand dah..
lepas ini kami akan pastikan...
cuba elakkan dari lalu kedai yang ada jual bola.. :P

Kat bawah ni ada gambar aksi Haqq..
sedang main bola di rumah Tok Lom Misai..
bukan main seronok lagi dapat berlari di padang yang luas tu..

Saya ada bola.Siapa nak main bola dengan saya?

Cik Ali ada so kita main passing bola dululah.. :P

Haqq cuba gelecek bola dari Cik Ali tapi tak dapat..

Dah geram sebab asyik kena buli je terus angkat bola tu..

Sesiapa jangan cuba untuk tendang ya..!!

1..2..3...Tendang...!!

p/s : Ops lupa nak beritahu yang kami dah selamat sampai ke Johor semalam.. :)

- mak haqq

4 ulasan:

=MissRynn= berkata...

cutenya haqq.. geram!

NURUL berkata...

amboi dah pandai main bola ye haqq

erienz berkata...

haqq...cik erin rindu kat haqq...
bilalah nk datang umah...

abah dan mak haqq berkata...

ina : bila kita nak date reramai lagi ek?

mama raina : bawah kerusi,bawah meja,bawah rak tv,atas katil kami,dalam babycoat dia..mesti ada bola.. :P

kak erin : kalau kami datang mau karipap...!!!