Rabu, 10 November 2010

Cara Haqq pujuk Mak dan Abah

Assalammualaikum..

Bila Haqq dah setahun ni..
macam-macam perangai yang dia dah buat..
diantaranya kalau dibawa makan luar..

Bila dah duduk dalam kerusi budak tu...
dia pusing ke kirilah ke kananlah..
berdirilah, berlari setempat dalam kerusi tu lah..
paling best sekali dia buat macam dalam gambar bawah ni..

MENJERIT..!!!

Kadang-kadang tu geram pun ada..
tapi geram bukan sebab kami tak dapat makan dengan aman..
takut orang sekeliling je serabut dengan perangai Haqq ni..

Mana tau mereka judge kami ni tak pandai didik anak ke..
tak pandai kawal anak ke..
tak pandai pujuk anak ke..

Ada yang faham senyum je la..
ada yang tak faham tu menjeling kasar beb..!!
mungkin yang tak faham tu tiada anak kecil kot..

Sebab itu kalau makanan belum sampai lagi..
kami bawa Haqq berjalan-jalan dulu dalam kedai..
nanti bila makanan dah sampai..
Haqq duduk semula dalam kerusi tu..

Selalunya kami akan buat side order seperti kentang goreng..
buat si Haqq sementara kami makan..
Haqq pun sukalah dapat makan sendiri tanpa disuap.. :P

Tapi kan bila Haqq kene marah dengan kami..
dia akan tengok muka kami sambil..
buat muka macam ni pula.. :P

eleh nak pujuk mak la tu.. :P

p/s : kalau nak bawa Haqq ke menonton wayang, mesti dia akan buat pencemaran bunyi kan? :P

p/s/s : ada rupa Haqq tak si Stewie yang jadi background blog ni? :P
- mak haqq

3 ulasan:

Hannah Johary berkata...

Haha comel gila Haqq! Buat muka garang gilalah kononnya eh?

Aunty Hannah tak takut! Bluek!

pinkishblue berkata...

aah sama mcm gambar bckground ni

abah dan mak haqq berkata...

hannah : si myiesha pun apa kurangnya cheeky sungguh..!!

zakiah : sebab tu aku suka cartoon ni..hahahaha