Khamis, 4 November 2010

Percutian Pertama Kami

Assalammualaikum..

Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-2..
abah belanja kami bercuti di Taman Tema Genting..!!
kami berada di sana selama 3 hari 2 malam.. :)

Kira macam honeymoon la kami ke sana..
sebab kami pun belum berhoneymoon lagi sejak kahwin dulu..
tapi honeymoon bawa anak le.. :P

Kami bertolak pada hari Ahad, 24hb tu..
dan balik semula ke Johor pada hari Selasa,26hb..
kami memang sengaja pergi hari biasa..
so dapat harga bilik murah dan tak lah ramai orang.. :)

Pada malam pertama,
kami menginap di Hotel Sri Malaysia..
manakala hari kedua pula di Hotel First World.. :)

Kami hanya main permainan keluarga je..
ada juga permainan kanak-kanak yang Haqq tak dapat main..
sebab tak cukup umur lagi..

Takpalah Haqq ek..
nanti bila Haqq dah besar skit..
kita ke sana lagi ye.. :)

Ini ada sebahagian gambar yang mak collagekan..
kalau nak letak semua dan tak di collagekan..
nanti mesti lambat loading la..
tak boleh bukaklah..
huhuhuhu.. :P






Masa nak balik tu..
kami singgah Genting Strawberry Leisure Farm..
rupa-rupanya lokasinya belakang Hotel Sri Malaysia je..

Geram bila lihat banyak strawberry yang merah-merah..
bergayut kat pokok.. :P
sempat la mak petik sendiri strawberry segar untuk bawa balik..


Bukan setakat kebun strawberry je yang kami singgah masa perjalanan balik Johor..
ada lagi satu tempat yang akan mak ceritakan pada entri akan datang ek..
beserta dengan gambar juga..!!

p/s : tahun depan kita nak bercuti ke mana ek abah?!

- mak haqq

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers