Khamis, 23 Disember 2010

Baucer Percuma

Assalamualaikum..

Kalau diberi baucer percuma untuk menginap di hotel 4 bintang..
ada sesiapa nak tolak tak..?
huhuhuhu..
begitu juga dengan kami.. :P

Pada 2 minggu lepas..
kami telah menginap di The Puteri Pasific Johor Bahru..
untuk 2 hari 1 malam beserta breakfast... :)

Rasa macam kelakar je..
sebab jarak Johor Bahru dengan Pontian bukanlah jauh sangat..
adalah dalam 45 minit..
kalau lebih dari 45 minit..
maknanya tersangkut dalam kesesakan lalulintas la tu..

Kami menginap di bilik Imperial Deluxe..
dulu masa mak berkerja dengan KPYPJ..
pernah juga duduk bilik ni..
sebab mengendalikan program selama seminggu..

Inilah bilik kami.Siap ada katil tambahan lagi.. :P

Bilik air yang luas dan cantik :)

Pemandangan dari tingkap bilik kami. Bangunan berbumbung biru itu ialah Persada Johor

Haqq nak test semua kemudahan yang ada.. :P

Malam tu kami ke Plaza Kotaraya yang bersebelahan dengan hotel.Bila dah penat main bukan main nyenyak si Haqq tidur.. :)

Lepas breakfast,kami ambil angin di dataran lapang antara Plaza Kotaraya dengan hotel.

Masa breakfast tu memang tak sempat nak bergambar pun..
ramai sangat orang..
sampaikan kena beratur untuk dapatkan meja kosong..
kebetulan ada majlis yang melibatkan tentera di Persada Johor malam semalam..
majoriti tetamunya menginap di Puteri Pasific..

Pukul 12 tengahari kami pun check out balik ke Pontian..
kalau tak pergi rugi pula rasanya..
mak dapat baucer percuma ni sebab jiran sebelah rumah tu yang berikan..
bukan menang sebarang peraduan pun..
hehehehe :P

p/s : ada sesiapa lagi nak beri baucer percuma tak? :P

- mak haqq

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

knpa dia perlu kembangkan hidung...

pinkishblue berkata...

wahhh.. melancong di tempat sendiri.. besh.. besh.. mama rafiq tunggu gud news thn depan haqq dpt adik yep... ;p

erienz berkata...

wah bestnye ti....x kiralah dekat pun dekatlah...asalkan dapat duk hotel

FAD RMLN berkata...

seronoknyeeee

ZE berkata...

dekat ke jauh...tak kesah laa.. kira hanimun skali la tu..
hehhehe...

abah dan mak haqq berkata...

mokngah : macam kau tak tau si acam tu..

zakiah : itu lambat lagi.tungguu...

kak erien : tu la kak..orang bagi kita bedal la.. :P

fad : haqq lebih seronok dok berlari sana sini :)

fazilah : nanti kalau kau honeymoon ajaklah kami ye..hahaha

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers