Isnin, 27 Disember 2010

Mini Reunion

Assalammualaikum..

Semalam merupakan hari persandingan teman sekolah mak..
Aunty Aida dengan Uncle Elias di Pt Hj Omar,Pontian..
tema yang digunakan adalah gabungan warna Merah dan Hitam..
pengantin perempuan sangat cantik dengan busana yang indah.. :)

Di majlis sebeginilah menjadi Mini Reunion mak bersama teman-teman yang lain..
seronok sangat dapat berjumpa yang rata-rata bekerja di KL..
macam Mama Rafiq cakap,kalau dah berjumpa ramai-ramai macam ni..
bergossip sampai setahun pun takkan habis.. :P

Dulu,masa masing-masing masih single..
pada Hari Raya Puasa lah kami berkumpul..
bergerak dalam 2,3 buah kereta untuk beraya..
seronok sangat masa tu.. :)

Abah tolong jagakan Rafiq masa parents Rafiq makan..

Haqq tak cemburu ke Abah dukung Rafiq?
Haqq buat-buat tak nampak sambil main sendiri.. :P

Mereka ini semua bakal Pengantin 2011,

Teman semasa sekolah menengah dulu.

Mereka sempat bergambar dalam bilik pengantin,
mak kat luar sebab sedang susukan si Haqq.

Biasalah bila dah berjumpa ramai-ramai macam ni
ada je cerita nak disembangkan.. :)

Mereka berdua ni dari zaman sekolah sampai sekarang,
kalau berjumpa mesti bertepuk tampar.. :P

Bila Mama Rafiq sibuk sembang,Rafiqnya gigit bekas telur tu.
Yang Haqq pula heret beg berkat sebab mak dia sibuk berposing sana-sini :P

Perasan tak si Haqq kembangkan hidung.. :P

Dulu Mak duduk sebelah Aunty Su.
Tarikh birthday kami pun sebelah menyebelah tau :)

Bergambar dengan pengantin sebelum balik.

Dari simpang rumah pengantin sampai lah di rumah,
Haqq masih tidur lagi..

Tapi sebenarnya tak cukup ni..
sebab ada 2 orang yang tak datang..
Mummy Wazif dah balik KL dulu..
manakala Aunty Nor ada hal yang tak dapat dielakkan..

Tahun depan kita kumpul macam ini lagi ya...
tu ada 2 orang bakal pengantin tu..
sila tandakan tarikh mereka berdua ni dalam kalendar teman semua ya.. :)

p/s : Mummy Wazif jangan cemburu ya..Mak sayang kamu semua..!!

- mak haqq
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers