Jumaat, 21 Januari 2011

Ada Apa Dalam Troli?

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai ke Johor semalam..
wah macam bercuti ke luar negara je kan.. :P
kami telah pulang ke kampung Abah sejak hari Ahad lalu..

Bukan main seronok Haqq balik kampung Abah..
mau tak seronok sebab ramai yang layan dia..
Tok Muni dan Nek Midah lagi seronok tau Haqq..
sebab cucunya balik.. :)

Yelah, cucu-cucu mereka semuanya duduk jauh..
Maklong Haqq tinggal di Kedah tu..
Haqq pula di Johor..
kutub utara kutub selatan.. :P

Eh, Mak dah lari tajuk pulak..
sebenarnya entri ni dah lama dalam draft..
cuma tak berkesempatan je nak publish..
ini Mak ada edit sikit, part balik kampung tu je..

Awal Januari lalu..
kami berdua mengikut Tokmak dan Mokcu ke Jusco Tebrau..
Abah kerja sebab itulah kami menyibuk sekali..

Sedang sibuk Tokmak dan Mokcu cari barang..
Haqq pula dah merengek nak susu..
tapi stroller tak bawa sebab tertinggal dalam kereta Abah..

Jadi terpaksalah Haqq baring dulu troli tu..
nak dukung, awak tu boleh tahan juga beratnya..
mula-mula Mak risau juga..
mana tau Haqq menangis sebab rasa sakit bila baring nanti..
tapi nasib baiklah Haqq tak banyak songeh.. :P

Habis je susu sebotol tu..
terus Mak turunkan dari troli tu..
Haqq pun apa lagi..
berlarilah ke sana ke mari..
macam tempat tu dia punya..
hehehehe.. :P

Dari jauh macam anak kena buang je.. :P

Menyusu pun masih sibuk nak pandang sana sini..

Berbantalkan beg plastik Jusco yang berisi baju Mokcu

p/s : nanti Mak update lagi cerita Haqq di kampung tu ya.. ::

- Mak Haqq

5 ulasan:

=MissRynn= berkata...

heheh.. dah biasa tgk kt kl.. mcm2x ragam anak2x bila maknayah campak anak dlm troli

Dayu berkata...

cha kalau duduk kan dia dalam trolley. dia sibuk nak bangun. last2 duduk kat atas tu je
haqq kaki dah pjg
tak muat dah nak bring dalam trolely

Aishah Rahim berkata...

Baiklah. Macam ni boleh masukkan Nashriq dalam troly. DUDUK DIAM SANA!

pinkishblue berkata...

tak lama lagi passti aku pon nak angkut stroller dan meletak rafiq ke dlm trolley sebegini.. hihi

abah dan mak haqq berkata...

ina : huhuhu..aku tak campak tapi baringkan je :P

dayu : tulah dah bujang dah tak muat bila baring dalam troli tu

aishah : duduk diam tu boleh lah kot tapi tangan mesti menggapai barang.hiks.. :P

zakiah : buat jangan tak buat :P