Selasa, 25 Januari 2011

Jangan pergi kedai ini sebab pelayannya sombong!

Assalammualaikum..

Seperti kamu semua ketahui..
minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung Abah..
di Lepar Utara,Jengka..

Alang-alang kami balik kampung..
TokMuni minta kami bawa ke Jerantut sebab ada urusan..
lepas Poksu Haqq balik sekolah..
ke Jerantut lah kami semua.. :)

Ini merupakan kali ke2 Mak dan Haqq kesana..
masa pertama kali tu pada sehari sebelum Hari Raya 2010..
hendak beli persiapan raya..

Lepas selesai urusan tu..
singgah Maghrib di rumah Cik Ain..
kemudian ke sebuah kedai makan yang dikatakan agak terkenal di Jerantut..
tapi sorry la ya..
Mak tak ingat apa nama kedai tu..

Tapi rasanya Mak ingat lokasi kedai tu..
di bawah rimbunan pokok..
satu jalan dengan Hospital Jerantut..
bersebelahan dengan bangunan TNB kot..
ada sesiapa yang tau tak kedai ni?

Yang sedap cuma Tomyam tu je.. :(

Kenapa Mak cakap Tomyam tu je yang sedap..
sebab ikan bakar tu tak sedap langsung..
kuah ikan bakar takda rasa apa pun..
telur bungkus yang masin sangat..
lauk yang lain lebih kurang sama tak sedapnya..
sudahlah mahal,pelayan di situ sombong pula tu..
tapi yang penting kedai ni telah disenarai hitam dalam list kami.. :P

Haqq macam biasalah kalau masa makan..
dia mana nak duduk diam..
bagi pinggan satu..
isikan sedikit nasi dan isi ikan..
makanlah dia tu..
sebutir-sebutir nasi dia makan..
comel je tengok dia jari-jari dia kutip nasi dalam pinggan..

Lain kali,kalau kami ke Jerantut..
nak cari kedai lain pula..
sesiapa yang tinggal di Jerantut tu..
bagilah cadangan ya.. :)

3 ulasan:

Zaidah berkata...

suruh aje tokeh kedai tu rasa yang pekerja dia masak tak sedap langsung....pastu mahal...

=MissRynn= berkata...

isk2x.. mmg patut x g klu kedai yg sombong ni.. baru jd pelayan.. klu jd PM.. x tau la mcmana..

abah dan mak haqq berkata...

kak zai : pasni kalau pegi Jerantut memang tak nak pegi dah kedai tu..hampeh

ina : kalau jadi PM kita pakat reramai gulingkan atas padang tiarap.hahahaha