Rabu, 26 Januari 2011

Haqq Si Pelumba Lari

Assalammualaikum..

Bila balik kampung Abah..
Haqq dah jadi jakun semacamlah..
seronoklah dia asyik keluar masuk rumah..
mentanglah rumah Tok Muni tu tiada pagar..

Selalunya bila di kampung Abah..
kami akan mandikan Haqq lewat sedikit..
bukan apa, air kat sana tu sejuk sangat..
kesian pula si Haqq tu nanti..

Jadi bila dah bangun tu..
Mak salinkan pampers dulu..
tapi tak sempat breakfast lagi..
si Haqq dah nak meluru keluar rumah..

Macam pagi Selasa tu..
bila dah siap breakfast nasi goreng Nek Midah..
berlarilah Haqq mengejar ayam, kucing yang berkeliaran depan rumah tu..

Hendak mengejar si Haqq ni memerlukan kesabaran yang tinggi..
(pada Mak dan Abah lah) :P
makin kita ikut dia dari belakang..
semakin laju dia berlari..
bukan apa, Mak takut Haqq tersungkur je..
lagipun jalan depan rumah Tok Muni ni berbukit..

Sesiapa yang pernah ke Felda Lepar Utara Jengka ni..
mesti tau macam mana keadaan di sini..
lebih lagi Cik Ain tu..
yang rumahnya mak ayah dia tu selang sebuah rumah je tu..
kan Cik Ain kan? :)

Dahlah kalau si Haqq ni berlari..
macam tak jejak tanah..
sambil berlari tu sempat pula dia menoleh kita ni di belakang..
macam mengejek dia supaya kejar dia sampai dapat..

Sebab itu lah bila Haqq berlari..
kami selalu ikut dia senyap-senyap..
sama juga kalau di rumah ni..
takut nanti bila Haqq nampak kita berlari mengejar dia..
terlanggar pula benda yang di hadapan dia tu..

Bukan main laju je Haqq lari..

- Mak Haqq

4 ulasan:

=MissRynn= berkata...

nti dah sekolah..haqq masuk sukan acara lari yea

erienz berkata...

wah suka haqq...bila nmpk tanah...kat jb susahkan...asyik kena kurungje...hehehe...

abah dan mak haqq berkata...

ina : aah biar kuat lari..boleh main sukan nanti :)

kak erin : tau takpe..kalau kat sini sampai depan pagar je tu.bukan apa sini kan banyak kereta keluar masuk...huhuhu

Zaidah berkata...

kena jaga tu takut kena langgar keta....adam pun sekarang dah teruja nak main kat tengah jalan raya...gerammmm