Selasa, 22 Mac 2011

Buai Laju-laju

Assalammualaikum...

Selalunya bila petang hari minggu..
kami suka berehat ambil angin belakang di rumah je..
sebab di belakang rumah ni ada buai.. :)

Bukan itu sahaja..
kat belakang rumah ni bila petang..
redup sebab banyak pokok serta berangin je...

Di belakang ini jugalah...
Tok Mak dapat mengeluarkan peluh..
dengan menyapu daun-daun dan membersihkan sekitar kawasan..

Selain daripada itu, di belakang ni...
kenderaan tak boleh keluar masuk sebab jalan mati..
jadi tidak risaulah hendak melepaskan Haqq berlari ke sana sini..

Kalau besarkan gambar,
ada bulatan putih menunjukkan lokasi buai

Stor ini telah dibina pada tahun 2008..
masa tu nak buat majlis perkahwinan Mak..
di stor inilah Tok Mak buat telur pindang.. :)

Di pangkin tepi stor itulah..
kami selalu duduk minum petang..
sambil melihat kucing-kucing berkejaran..
akibat dihambat oleh Haqq.. :P

Buai di bawah pokok mempelam

Sebelum ini..
kawasan ni semuanya semak samun..
tapi sekarang dah terang sebab menantu Tok Mon (tuan tanah) dah bersihkan..
sebab itulah Tok Abah pasangkan buai untuk Haqq bermain.. :)

Tok Mak tukang layan Haqq.

Makan coklat, minum Air Batu Malaysia,
mau tak comot macam ini.

Kadang-kadang bila cuaca panas sangat,
Mak siputkan je rambut Haqq ni.

p/s : Abah cakap nak bina wakaf kat belakang ni. Kita tunggu je la ek :)

- Mak Haqq

7 ulasan:

PuteriKureKure berkata...

haqq siput rambut la! khalish tak pernah siput2 tau. hehe.

Fadilah R. berkata...

haha. haqq mcm mak enon.

pinkishblue berkata...

tak sangka belakang umah ko ada mcm ni..

abah dan mak haqq berkata...

intan : trylah siputkan rambut khalish tu..mesti macam perempuan :P

fad : hahahahaha...aah lah mak enon :P

zakiah : selalu kau lepak depan je..takkan lah nak pergi dapur kan..huhuhu

NURUL JAMIAN berkata...

dah panjang rambut haqq ye siap boleh ikat

Mommy Fara berkata...

hehehehe...comelnye haqq! seronok betul dok santai petang2 kat buai handmande mcm tu eh? sonoknye klu kmpg aydin ade mcm tu gak...kid nak tau? kmpg aydin (belah saya) kat peserai tau.....dkt2lah kite kirenye eh?

abah dan mak haqq berkata...

nurul : kalau mandi lagilah nampak panjangnya.bila kering rambut haqq bergulung..huhuhuhu :P

fara : wah wah..peserai di batu pahat tu kan..eh kalau balik kampung rogerlah..mana tau boleh dable date ke :)