Ahad, 20 Mac 2011

My First Hair Cut

Assalammualaikum..

Ini merupakan kali pertama Haqq menggunting rambut..
rambut Haqq dah panjang sangat dah..
sebelum ini Haqq pernah dibotakkan sekali dulu..
masa tu umur Haqq dalam 5 bulan lebih..

Tapi bukan kesemua rambut Haqq digunting..
hanya bahagian depan je..
sebab yang bahagian depan tu asyik masuk mata Haqq je..
Haqq pun kejap-kejap selak rambut tu ke belakang..

mula-mula ingatkan nak ke kedai gunting rambut yang selalu Abah pergi tu..
tapi tukar tempat ke kedai yang Mak selalu pergi di Tambak Pontian..

Bila dah masuk kedai tu..
Haqq masih berperangai macam biasa..
agaknya dia ingatkan Mak yang nak gunting rambut kot..
sebab Haqq selalu ikut Mak masuk kedai ni..

Kemudian, Abah duduk di atas kerusi..
Haqq ni memang pantang tengok Abah dia duduk senang..
dia pun panjatlah duduk atas riba Abah..

Eh, Haqq ni..
macam tau-tau je..
kita nak gunting rambut dia..
hahahahaha.. :P

Bila pekerja kedai pakaikan alas kain putih tu..
Haqq dah cebik dah..
eleh, Haqq takut ya.. :P

Kemudian, bila pekerja kedai tu sikatkan rambut Haqq..
untuk meratakan bahagian depan..
Haqq dah mula menangis dan meronta..
Abah pun peluk erat la si Haqq ni..

Dengan hanya sekali guntingan saja..
maka pendeklah rambut depan Haqq..
bila rambut Haqq jatuh di riba dia tu..
automatik terus Haqq senyap...
ces, berlakon ya kamu...!!!!

Di sinilah tempatnya.

Memula steady je..

Bila pekerja tu sikatkan rambut depan Haqq tu,
menangis la pulak :P

Pekerja salon sedang menggunting rambut Haqq

Alahai, sikitnya rambut yang digunting..

Rambut depan sebelum digunting.

Rambut depan selepas digunting :)

Kami sayang nak gunting rambut Haqq sampai pendek..
selagi rambut tu tak menganggu Haqq..
selagi itu rasanya tak digunting pendek..
hehehehehe.. :P

Berapa cas yang dikenakan?
hanya RM4 sahaja..
hahahahaha..

Bukan kami tidak boleh buat sendiri..
tapi takut bila dah tersalah nanti..
dah tak cantik pula potongan rambut Haqq...

Nanti kalau kami nak gunting rambut Haqq yang lain..
kami akan ambil gambar lagi ya..
rasanya lambat lagi kot.. :P

- Mak Haqq

4 ulasan:

NURUL JAMIAN berkata...

Raina dah lebih 3 kali potong rambut tapi tak pernah bawak pi kedai sebab tahu dia jenis tak duduk diam. so yang lalu potong tu nurul atau saiful kadang2 tok wan dia yang potongkan :)

rambut haqq sama mcm raina tebal dan lebat

~daRLee ZuRiS~ berkata...

potong sikit kasi trim2 aje oklah.kalau potong kasi pendek sanyang pula.rambut haqq lebat :)

Mommy Fara berkata...

kid, saya sokong potong dpn je...bia rmbt haqq kat blkg tu panjang! comel!

comel betul haqq nie....geram!

abah dan mak haqq berkata...

nurul : kid risau kalau tersalah potong nanti..takut termenyesal pulak..tu yang bawak pergi kedai :)

zuris : takda lah lebat mana..sebab panjang sangat sebab tu nampak lebat kot.. :P

fara : rambut belakang tu bergulung dan berjuntaian..hahahaha..nak buat pacak macam aydin tak boleh..