Khamis, 31 Mac 2011

Tragedi Di Bulan Mac - Vol 2

Assalammualaikum...

Hari ini Mak nak sambung cerita Tragedi di Bulan Mac..
kalau sesiapa nak tahu permulaan tragedi ni..

Ahad, 13hb Mac :

Sudah masuk hari ketiga..
keadaan Mak masih sama seperti semalam..
semua orang dalam rumah bertambah risau..

Jalan terakhir ialah dengan membawa Mak ke Hospital Pontian..
setelah masuk air sebanyak 2 botol..
pada jam 5 petang Mak telah ditahan untuk dimasukkan ke Wad 3..

Doktor telah mendapati terdapat kuman dalam darah Mak..
kalau normal hanyalah 10 sahaja..
tetapi Mak ada 21..
Mak rasalah kan..
ini merupakan kadar kuman dalam darah kot..
entahlah Mak pun tak berapa nak faham..

Sebelum masuk wad..
Mak dikehendaki menjalani X-ray terlebih dahulu..
dan ada tompokkan kuman pula di paru-paru Mak.. :(
sebab itulah Mak ditahan untuk diberikan antibiotik yang kuat..

Malam pertama Mak di wad..
Mak rindu sangat dengan si Haqq tu..
Mak tak pernah pisah tidur dengan Haqq.. :(

Di mata Mak ni asyik terbayang-bayang keletah Haqq..
gelak dan tangis Haqq terngiang-ngiang di telinga..
Mak rasa macam nak balik malam tu juga.. :(

Isnin, 14hb Mac :

Dalam jam 9 pagi macam tu..
doktor telah memeriksa Mak di katil..
dan doktor telah sahkan bahawa paru-paru Mak dalam keadaan baik..

Syukur, Alhamdulillah..
tapi Mak masih tidak dibenarkan balik lagi.. :(
Mak perlu tinggal semalam lagi..
untuk pemeriksaan lanjut..

Selepas makan tengahari Mak telah dipindahkan ke Wad 2..
setelah menggunakan GL Abah..
sebab hari minggu pejabat tidak dibuka..

Ketika berada di Wad 2 ni..
ada yang datang melawat..
terutamanya saudara mara dan kenalan terdekat.
jutaan terima kasih buat mereka yang datang tu.. :)

Selasa, 15hb Mac :

Oleh kerana demam Mak pun dah semakin surut..
begitu juga dengan kuman dalam darah..
Mak telah dibenarkan pulang selepas waktu makan tengahari..
setelah berkampung 3 hari 2 malam di hospital...

Terasa macam bertahun duduk dalam wad ni..
setiap hari bila Haqq datang melawat Mak..
hanya boleh lihat dari tingkap je..

Kanak-kanak memang tidak dibenarkan masuk wad untuk melawat..
yela, dalam wad kan ada ramai pesakit..
takut sakit tu berjangkit pada kanak-kanak pula..
isk, mintak dijauhkanlah..

Tapi bila Haqq nak balik je..
Mak akan suruh Abah masuk sekejap je..
dapatlah Mak cium Haqq sedas dua..
menitik jugalah air mata Mak ni sambil cium Haqq tu.. :(

Tapi Alhamdulillah, Haqq tak meragam pun..
bila Mak tiada di rumah..
nasib baik Abah cuti jadi Haqq tak terasa sangatlah ketiadaan Mak ni..

Di sini Mak nak kongsi sedikit info..
kalau boleh kita digalakkan untuk kurangkan ke tempat-tempat yang ramai orang..
bukan apa, sekarang ni terdapat pelbagai penyakit di luar sana..

Semoga kita semua bebas dari sebarang penyakit ya..
tapi kita hanya merancang..
Allah menentukan..
cuma kita boleh berusaha menggelakkannya.. :)

p/s : Biarlah Mak seorang yang menanggung kesakitan ni dari orang-orang yang Mak sayangi yang sakit.

p/s/s : Terima kasih buat rakan-rakan yang mendoakan kesihatan Mak. Semoga Allah membalasnya nanti :)

- Mak Haqq

8 ulasan:

KAK RAINBOW berkata...

Alhamdulilah skrg kid dah sihat kan? take care ye kid

abah dan mak haqq berkata...

nurul : alhamdulillah..hehehehe.time kaseh nurul :)

=MissRynn= berkata...

take care sayang..jaga kesihatan k..

erienz berkata...

siannye ko ti...knpo x bgtau...kl x blh melawat...

susudalambotol berkata...

Sebenarnya H1N1 dah ada balik tapi orang tak kasitau. So better jgn bawak anak keluar sangat kan?

Alhamdulillah, awak dah sembuh.

nanonano berkata...

alahai sbb kuman tu la puncenye demam teruk tu ehh,
itulah, usahkan kite yg dah tua ni
ank2 kite tu pun lg la bsr risikonye bile bwk kat tmpat yg ramai org ehh..
sopim mall ke,
nak2 skrg mcm2 virus la..
mintak dijauhkan dr sbrang penyakit merbahaya tuk kita semua :)

Umie a'iesya berkata...

alhamdulillah ;-)
May Allah wif u!

abah dan mak haqq berkata...

ina : time kasih tau.take care tau ina :)

kak erin : kan saya dah hilang no hp akak..akak cakap nak misscall.. :(

hidd : la yeke H1N1 ada semula..?isk takutlah..tu la sekarang ni kena kurangkan pergi ke tempat yang ramai orang kan..hidd dan family pun take care ye :)

nano : aah,kuman tu punca demam teruk.nasib baik demam je takda sakit yang lain..semoga kita sentiasa dijauhkan dari sebarang penyakit ek..nano pun sama tau.jaga diri and family ek :)

umie : thanks ya..InsyaAllah :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers