Ahad, 2 Oktober 2011

Haqq Sudah 2 Tahun

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..
Sudah 2 hari Syawal meninggalkan kita..
bermakna juga sudah 2 bulan Cerita Tentang Haqq ini terbengkalai..
isk, isk lama juga ek.. :P

Sebelum Mak bercerita lagi..
kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf..
kepada semua kawan-kawan dan saudara mara kami..
kerana mesti ada kami membuat kesilapan secara lansung atau pun tidak..

Walaupun bulan Syawal dah berlalu..
rasanya tidak salah kan kalau kami memohon maaf sekarang..
daripada tak memohon lansung kan..
hehehehe.. :)

Entri yang lepas..
Alhamdulillah, pada Syawal yang kedua..
bersamaan 31hb Ogos 2011 yang lepas..
genaplah Haqq berumur 2 tahun.. :)

Sempena Hari Raya, Sempena Mokngah dan Mokcu Haqq akan pulang ke sekolah semula..
setelah 4 bulan membesarkan diri di rumah... :P
sempena 5 orang abang Haqq bersaudara beraya di Johor..
(nanti Mak ceritakan tentang mereka berlima ni ek)
dan sempena Haqq 2 tahun..

Jadi TokMak Haqq telah berbesar hati untuk membuat satu jamuan kecil..
pada hari Jumaat, 9 September yang lalu..
para tetamu yang dijemput adalah di kalangan saudara-mara dan kenalan terdekat je..
minta maaflah ya kawan-kawan Haqq yang berdekatan..
sebab Mak tak berkesempatan untuk menjemput kamu semua ke jamuan ini..

Almaklumlah semuanya ditaja penuh oleh TokMak..
jadi Mak seganlah nak jemput ramai-ramai.. :P
InsyaAllah ulangtahun Haqq yang akan datang nanti..
Mak akan pastikan semua kawan-kawan Haqq dijemput nanti ya..
macam sambutan ulangtahun Nashriq dan Myiesha yang pertama..
yang pernah kami hadiri dulu tu.. :)

Menu utama adalah Satay Ayam Kota Tinggi..
walaupun satay ini kecil-kecil dan comel je..
tapi rasanya memang sedap.. :)

Selain itu ada juga Mee Goreng Sedap TokMak..
dan Kambing Bakar yang telah di taja oleh parents abang Haqq berlima tu :)
serta buah-buahan yang manis-manis belaka..

Oh ya..
tak lupa sebiji kek yang dibeli pada petang tersebut..
pada mulanya Mak tak plan pun nak beli kek..
tapi dah alang-alang kononnya hendak menyambut birthday Haqq ni..
belilah kami sebiji kek kecil.. :)

Meh kita layan gambar pula ek..
tak banyak gambar yang diambil..
yang ada ni hasil tembakan Cik Aten yang baru belajar menembak pada waktu malam..
so agak gelap sedikit..

Tak mengapalah Cik Aten..
nanti Cik Aten belajar lagi ya..
bolehlah kita ramai-ramai berposing sakan depan senapang Cik Aten tu ya :)

Antara makanan yang dihidangkan dan tetamu yang hadir

Siap ada mercun lagi.. :P

Menu utama adalah Satay Ayam Kota Tinggi..!!

Kambing Bakar...!!!! :)

Hasil dari tembakan Cik Aten. Terima kasih Cik Aten :)

Hahahaha..mana ada api nak tiup Haqq

Mak tolong potongkan kek ye Haqq.

Haqq dan Cik Opie :)

Cik Aten masih belajar lagi untuk menembak di malam hari. Chiayok..!!

Jutaan terima kasih buat Tok Mak untuk jamuan kecil ini..
juga buat Ibu dan Ayah Panglima untuk bebuahan dan kambing yang Mak sentiasa nantikan.. :)
dan tak lupa juga tetamu yang telah hadir bagi memeriahkan jamuan tersebut..
InsyaAllah, lain kali Mak pula akan menaja sepenuhnya ya.. :)

Akhir sekali..
Selamat Ulangtahun Yang ke-2 Muhammad Nurhaqq..
Abah dan Mak sentiasa mendoakan segala kebaikan, kejayaan, kesihatan yang sempurna dan berpanjangan sepanjang hidupmu, Haqq :)

p/s : Terkilan sebab masa jamuan Nashriq yang lalu, kami takda bergambar bersama pun. :(

- Mak Haqq

6 ulasan:

NURUL JAMIAN berkata...

hepi besday haqq. wow ada sate lagi tu.

Fara berkata...

Wah...lama tak aktif. Sekali aktif, panjang lebar cite Kid. Walau ape pun, sy nie rindu sgt ngan cite Haqq tau!

Happy besday sayang! Semoag menjadi anak yg soleh ya!

nanonano berkata...

ingtkan mak haqq dah xjumpe jalan cari blog ni haaaa..hahahhaha
btw, hepy bufday putera haqq yg kacak :)

Rhona Rozlan berkata...

Tua dah Haqq.

abah dan mak haqq berkata...

nurul : hahahaha..sate ni menjadi kegemaran kami sekeluarga :)

fara : hehehehe..panjang lebar sbb kebetulan ada idea dan mood..itu yg hilang lama tu.. :P

na : hahahhahaha..ada-ada je tau..

rona : ehem tua dah kan..dah boleh tambah ramai adik kan :P

Fadilah R. berkata...

haqq dah nak jadi abang long. hoyehhh.