Jumaat, 28 Oktober 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

Assalammualaikum..

Hari ini Mak nak beritahu kepada semua orang..
kenapa Mak suka baca blog Mama Nahsriq, Aishah ni :)

Sebenarnya Mak mula mengikuti Aishah semasa dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya pada 2009 yang lepas..
macam-macam Aishah cerita mengenai persiapannya tu di http://14mac2009.blogspot.com..
kebetulan pula tarikh tersebut juga merupakan tarikh perkahwinan salah seorang rakan wanita kegemaran Mak..
iaitu Mama Rafiqin, Zakiah.. :)

Oh ya, Aishah telah mengikat janji sehidup semati bersama Wahid yang kacak tau :)
dengan ikatan suci itu mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata..
dan seorang lagi masih bermain ski di dalam perut Mama dia tu.. :P

Tetapi Allah terlebih dahulu menjemput puteri pertamanya semasa masih didalam kandungan Mamanya lagi..
betapa sedih dan lajunya Mak menitis air mata setelah mengetahui berita tersebut..
apatah lagi Aishah dan suami..
kebetulan pada masa tu Mak masih dalam pantang..
jadi Mak terasa sangat dengan kehilangan tersebut.. :(

Minta maaf ya Aishah kerana pada masa tersebut..
Mak tidak mengirimkan kata-kata semangat melalui komen-komen di entri Aishah..
maklumlah pada masa itu..
Mak agak kurang berinteraksi sesama rakan blogger..
dan itu kesilapan Mak :(

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel..
Muhammad Anas Nashriq bin Abdul Wahid pada 25hb Ogos 2010 lalu..
dan sekarang pun Aishah sedang menunggu kehadiran orang baru.. :)

Erm, Mak teruskanlah kenapa Mak suka sangat membaca hasil nukilan Mama Nashriq ni ya?
ini adalah kerana Mak merasakan Aishah ni seorang yang matang..
walaupun lebih muda dari Mak.. :)

Kata-katanya kadang-kadang membuatkan Mak tersentuh hati..
dan adakalanya menyedarkan Mak untuk memperbaiki diri sendiri..
apa yang perlu diperbaiki itu..
biarlah Mak seorang je yang tahu ek :)

Ada masa entri Mama Nashriq ni..
membuatkan Mak ketawa seolah-olah beliau sedang bercerita depan Mak..
dengan ayatnya yang mudah difahami dan cara penceritaan yang sangat menarik..

Buat masa ini Mak sudah 2 kali bertemu dengan beliau..
di rumah beliau yang terletak di Tiram..
minggu depan mereka akan berpindah ke Kuarters Pendidikan di Larkin pula..
tak sabar rasanya nak melawat rumah baru mereka sekeluarga..

Bukan setakat tak sabar nak melawat rumahnya sahaja..
malahan Mak tak sabar menunggu kelahiran adik Nashriq..
yang dijangkakan pada bila-bila masa je ni.. :P

Tapi kan walaupun dah 2 kali bertemu..
Mak masih lagi tiada gambar kami berdua..
alahai itu yang paling yang tak seronok sekali.. :(

Apa lagi ek..
alahai Mak ni memang tak pandai nak karang ayat formal ni..
maklumlah dah lama tinggalkan sekolah..
cewah, alasan je tu..

Minta maaflah ek Mama Nashriq sebab hari ini baru berkesempatan Mak siarkan entri ni..
padahal dah ada dalam draft ni pun..
kebelakangan ini Mak macam busy skit.. :P

Akhir sekali Mak doakan segala kebaikan dan kebahagian untuk Aishah sekeluarga tau..
InsyaAllah kita akan bertemu lagi dalam masa terdekat ni ya..
masa tu Mak nak ambil gambar banyak-banyak dengan Aishah..
eh Abang Nashriq dan Adik Nashriq pun sama juga tau.. :)

Aidilfitri 2011 :)

Al-fatihah buat bidadari syurga, 
Nur Anis Nashrah binti Abdul Wahid

- Mak Haqq

4 ulasan:

Fahreen Fredo berkata...

Satu lagi calon pemenang! Hihi

Ok tunggu adek reen pulak update ye! Heh

Fara berkata...

Eh, ape nie Kid? Contest eh? Atau review blog kwn? Sy terjah pasni! Hiks~

Aishah Rahim berkata...

Thanks Kid sebab sudi join contest Aishah ni. Nantikan pengumuman pemenangnya okeh? :))

abah dan mak haqq berkata...

Reen : Akak tak sabar ni kak Aishah awk bagi apa :P #bajetmenang

Fara : Contest Fara. Nak memeriahkan majlis. Ce Fara buat contest. InsyaAllah kid join :)

Aishah : Sila simpankan satu hadiah untuk saya okeh :P